AUD/USD – Analisis Teknikal – 2/11/2017
Harga AUD/USD mula membuat kenaikan setelah ia gagal untuk breakout Key Support mingguan 0.7630. Dan jika diperhatikan ketika ini, momentum wave bullish mulai membentuk di timeframe H1 ini dan ia berpotensi untuk melakukan retracement kenaikan bagi membentuk new LH(TF Daily).
Peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah di sekitar harga MagicPivot atau MagicR1 untuk ‘long’ selagi ia tidak breakout Key Support 0.7630 ini. Dan target kenaikan adalah di sekitar harga 0.7750 bagi membentuk new HH. Walaubagaimanapun, jika ia breakout MagicPivot hari ini, ia berpotensi untuk menguji semula Key Support 0.7630.