AUD/USD – Analisis Teknikal H1 – 24/10/2017
Pada awal pagi tadi AUD/USD mulai bearish lebih kurang 50 pips dan telah breakout harga Big Round Number iaitu 0.7800 dan kini ia berada di kritikal zone iaitu di sekitar Zone Support. Jika diperhatikan, harga bearish setelah ia gagal untuk breakout MagicR1 dan kini ia berpotensi untuk mencapai sekitar MagicS3 iaitu 0.7750 bagi membentuk new LL.
Oleh itu, Team Analisa berpendapat peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah di sekitar harga 0.7750/30 sebelum ia membuat kenaikan semula. Apapun, jika breakout harga 0.7730 ia akan bearish ke level support seterusnya iaitu sekitar harga 0.7685.