Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan laporan keadaan semasa pasaran kewangan dan monetari setiap bulan. BNM mengeluarkan laporan dalam siaran akhbar yang bertarikh 28 Februari 2017, dan berikut merupakan laporan bagi Januari 2017:
Kadar Tukaran Matawang Asing: Pada Januari Ringgit dilihat bergerak bercampur-campur berbanding matawang rakan dagang utama Malaysia yang lain. Ringgit dan matawang serantau yang lain menguat berbanding US dolar pada bulan tersebut berikutan faktor kelemahan US dolar secara keseluruhan.
Kata BNM dalam kenyataan akhbarnya lagi, “Kelemahan US dolar dipandu oleh ketidaktentuan polisi pentadbiran baru Amerika Syarikat.
Pengukuhan harga minyak mentah global pada tempoh tersebut juga menyokong kepada permintaan aset kewangan Malaysia yang seterusnya menyokong kestabilan nilai Ringgit.
Rizab Asing BNM: Rizab asing Bank Negara Malaysia berada di paras USD95.0 Billion (RM 426.2 billion) pada tempoh berakhir 15 Februari. Jumlah ini masih mencukupi bagi memudahcara urusniaga antarabangsa dan juga membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan juga menyamai 1.1 kali hutang luar jangka pendek.