Usd/Jpy tiba-tiba menguat pukul 11 pagi tadi dan merekodkan kenaikan 60 pip berikutan Bank of Japan (BoJ) menjalankan operasi khusus bagi pembelian ‘bon 10-Tahun Kerajaan Jepun’.
BoJ atau Bank Pusat Jepun menwarkan pembelian bon berkenaan pada kadar hasil 0.110 dan pembelian ini adalah bertujuan bagi mengekalkan hasil-bon pada sasaran sekitar kosong peratus.
Dengan pembelian bon ini meningkatkan lagi jumlah pembelian bon oleh BoJ dari paras sebelum ini. Spekulasi semakin meningkat bahawa BoJ boleh menghentikan rangsangan sedia ada lebih awal dari jangkaan.
Selepas beberapa jam dagangan sejak pukul 11 pagi tadi, Usd/Jpy ketika ini dilihat dalam keadaan stabil. Kenaikan pagi tadi adalah disebabkan jangkaan pelabur terhadap perbezaan kadar faedah yang semakin besar antara US dan Jepun. Ditambah lagi dengan jangkaan kenaikan kadar oleh Federal Reserve sebanyak tiga kali tahun ini.
Apa yang kita perlu fahami adalah, tindakan BoJ pada hari ini adalah satu bentuk Open Market Operation (OMO) dalam polisi monetari yang menambahkan jumlah bekalan wang di dalam ekonomi. Hal ini bertujuan bagi merancakkan lagi ekonomi Jepun melalui rangsangan perbelanjaan kerajaan.
Jadi, apabila bekalan wang di dalam ekonomi bertambah akan menyebabkan nilai matawang Yen menyusut dengan andaian ‘Ceteris Paribus‘. Perlu diingat ia bukanlah satu-satunya penyebab kepada Yen akan melemah kerana banyak lagi faktor yang perlu diambil kira.