The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di AS melaporkan inventori minyak mentah yang berkurangan sebanyak 3.6 juta tong pada minggu berakhir 21 April berbanding kemerosotan 1 juta tong yang dicatatkan sebelum itu.
Jangkaan kepada data kali ini ialah pengurangan 1.1 juta tong yang jauh lebih rendah berbanding data sebenar kali ini.
Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.
Data terbaru inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) pula merekodkan peningkatan stok sebanyak 900,000 tong pada minggu berakhir 21 April berbanding pengurangan 800,000 yang direkodkan pada minggu sebelum itu.
Harga minyak mentah global di bawah tekanan semasa sesi Eropah pada Selasa dengan minyak WTI jatuh ke paras terendah $49.00. Masih ada kebimbangan kepada lebihan bekalan dan keraguan kepada OPEC sama ada mahu memotong bekalan atau tidak.