Bank of Japan (BoJ) harus menggunapakai semula rangsangan monetari sebelum sasaran inflasi 2% dicapai, kata bekas Timbalan Gabenor BOJ Kazumasa Iwata yang juga dilaporkan sebagai calon Gabenor selepas ini.
Iwata mengkritik bank pusat bahawa ramalan inflasi adalah terlalu optimis dan memberi amaran mencapai inflasi 1% sudah cukup mencabar dengan kelemahan data inflasi sejak akhir-akhir ini.
Ini merupakan kritikan yang terbesar terhadap polisi BOJ setakat ini daripada seorang bekas timbalan gabenor yang menambah keraguan terhadap kebolehan bank pusat untuk mencapai sasaran inflasi 2%.
“BOJ harus memperlahankan pembelian bon kepada 40 trillion Yen daripada 80 trillion Yen. Ia akan memberikan kesan yang lebih kukuh,” kata Iwata kepada Reuters pada Isnin.
Selain itu, Iwata juga mahu bank pusat mempertimbangkan untuk mengurangkan pembelian ETF kerana kesannya yang mengganggu pasaran.
“Apabila semakin jelas bahawa inflasi akan kekal di sekitar 1%, BOJ harus mengubah kadar faedah jangka panjang. Namun, untuk mencapai sasaran 1% itu juga adalah sukar berikutan data-data lemah sebelum ini,” kata Iwata.
“Cadangan Iwata untuk mengurangkan pembelian bon adalah realistik. Ia adalah sukar untuk mengubah polisi ketika ini, tetapi BOJ juga boleh mula mengurangkan pembelian secara beransur-ansur,” kata Mari Iwashita ketua penganalisis ekonomi di SMBC Friend Securities.