Ahli Bank of England Saunders dalam ucapannya pada Jumaat menjelaskan pertumbuhan ekonomi akan bergerak sederhana dalam tempoh satu hingga dua tahun dengan sasaran inflasi akan berada melebihi dua peratus, eksport yang kukuh dan peningkatan dalam pelaburan perniagaan.
Pada pendapat Saunders, risiko ketika ini adalah kesan kepada inflasi yang bergerak lebih pantas disebabkan faktor kelemahan GBP (Great Britain Pound) . Secara keseluruhan, beliau tidak terperanjat jika inflasi mencapai paras 3.0% pada hujung 2017 atau pada awal 2018.
Beliau juga mengatakan terdapat tanda-tanda perbelanjaan pengguna yang semakin perlahan, tetapi ia akan diseimbangkan oleh trend pengukuhan dalam eksport dan pelaburan perniagaan. Dalam konteks ini, ekonomi berkemungkinan akan merekod pertumbuhan ekonomi di sekitar 2%.
Polisi monetari ketika ini masih kekal akomodatif dan masih ada pertimbangan lebih rangsangan walaupun dengan kenaikan kadar faedah.
Tambahnya, Bank of England tidak perlu melengahkan perubahan polisi sementara menunggu isyarat yang lebih jelas dalam kes Brexit.
Secara keseluruhan, komen yang dibuat oleh Saunders ini ‘sedikit hawkish’ walaupun beliau tidak memberikan sebarang panduan tentang bagaimana beliau akan mengundi dalam mesyuarat bank pusat pada Mei.
Dengan UK sekarang semakin dekat dengan pilihanraya umum 8 Jun, kenaikan kadar faedah pada Mei dijangka tidak akan berlaku tetapi potensi panduan yang lebih ‘hawkish‘ oleh BoE itu tetap ada.
Gbp/Usd sedang menguat ketika artikel ini ditulis.