Menteri atasan Britain kecewa dengan rundingan Brexit yang tidak menunjukkan kemajuan yang diinginkan namun mereka tetap memberi sokongan terhadap usaha Perdana Menteri Theresa May dalam mengendalikan rundingan peralihan Britain daripada Kesatuan Eropah . Kata menteri kewangan UK, Philip Hammond pada hari Isnin.
Hammond menyenaraikan kembali 4 pergeseran utama sebagai tanda tidak bersetuju dengan rundingan rumit bersama kesatuan Eropah sebagaimana yang dinyatakan oleh menteri luar negara Boris Johnson.
Antara empat pendirian Boris adalah seperti berikut: Peralihan ini mungkin hanya bertahan selama 2 tahun; Britian tidak sepatutnya menerima penghakiman daripada mahkamah Eropah dalam tempoh peralihan; Tidak melakukan sebarang pembayaran untuk mendapatkan akses pasaran apabila peralihan tamat; dan tidak perlu bersetuju untuk menggunakan regulasi EU dengan tujuan mendapatkan akses pasaran Eropah.
” Kami semua kecewa dengan prestasi kemajuan selepas usaha rundingan dengan Kesatuan Eropah yang dilakukan pada beberapa bulan lepas, lantaran itu, perdana menteri terpaksa ke Florence pada 10 hari lepas dan memberikan ucapan penting dengan bertujuan dapat mengerakkan kembali rundingan yang terhenti seketika” Kata Hammond di ITV.
” Walaupun pendirian Boris jelas menunjuk penentangan. Namun saya akan tetap memberi sokongan kepada Perdana Menteri dalam usaha beliau menjayakan rundingan ini.” Kata Hammond