Perunding U.S membentangkan usulan pada Rabu yang dikaitkan dengan panggilan klausa sunset (sunset clause) iaitu penyeliaan undang-undang yang akan tamat dalam masa yang ditetapkan. Usulan ini menunjukkan North American Free Trade Agreement (NAFTA) akan tamat selepas 5 tahun kecuali ahli-ahli yang terlibat setuju untuk melanjutkan perjanjian tersebut.
Usulan tersebut dibentangkan dihadapan sekumpulan kecil perunding. Namun pihak Rumah Putih dan Wakil perdagangan U.S tidak mahu memberi apa-apa komentar berkenaan NAFTA.
Kanada dan Mexico menolak idea klausa sunset berikutan kenyataan Wilbur Ross, setiausaha perdagangan menyatakan idea tersebut akan menyebabkan perniagaan berada dalam ketidakpastian dan dapat memberi dampak buruk dalam pelaburan jangka panjang. Idea klausa sunset itu antara idea yang paling kontroversi, hal ini kerana negara tersebut boleh keluar daripada perjanjian selepas memberikan notis selama enam bulan.
Presiden Donald Trump berkali-kali mengancam untuk keluar daripada perjanjian jika U.S tidak mendapat manfaat seperti dikhendaki. Rabu lepas, merupakan rundingan keempat bagi membuat pembaharuan keatas NAFTA.
Menteri luar negara Mexico, Geronimo Gutierrez berpendapat ‘klausa sunset’ akan menyebabkan keyakinan perniagaan semakin lemah dalam pasaran. Manakala pihak Kanada berpendapat, usulan tersebut berkemungkinan tidak akan mendapat sokongan penuh.