Gabenor Bank of England (BoE) Mark Carney dalam komennya terhadap ECB pada Rabu berkata pengurangan rangsangan polisi monetari mungkin diperlukan jika ahli MPC (Monetary Policy Committee) melihat trade-off terhadap polisi semasa semakin berkurangan.
Bagi trade-off bergerak ke arah tersebut akan bergantung kepada bagaimana pertumbuhan penggunaan diseimbangkan oleh komponen permintaan dan sama ada terdapat pertumbuhan dalam gaji.
Dengan ekonomi kini hampir beroperasi pada kapasiti penuh, trade-off yang dihadapi oleh MPC semakin berkurang dan juga paras tertinggi inflasi yang sanggup dihadapi semakin menurun.
Trade-off adalah mengambil atau mencapai satu sahaja objektif daripada dua perkara penting di mana perkara yang dipilih itu adalah lebih penting daripada yang satu lagi.
Carney juga menunjukkan akan terdapat peralihan dalam trend polisi monetari dengan pengurangan rangsangan. Hal ini berikutan pertumbuhan gaji dan produktiviti di samping paras pelaburan yang kukuh.
Dalam konteks ini, pendirian Bank of England akan bergantung kepada data di masa hadapan dan bukti kelemahan data ini akan mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat khususnya jika jualan runcit semakin lemah atau terdapat pemulihan mendadak oleh Sterling.
Komen Carney ini juga menunjukkan, kesudian BoE menaikkan kadar faedah tahun ini yang mana ‘lebih hawkish’ daripada ucapannya minggu lalu.
Selepas komen beliau pada Rabu, Gbp/Usd mengukuh sehingga hampir 160 pip dan kini telah menembusi 1.2960.