Salah satu daripada exchanger (bursa) matawang-Crypto terkemuka Coinbase pada Rabu dilaporkan akan menyiasat ‘insider trading’ (dagangan oleh orang dalam), selepas kenaikan mendadak harga bitcoin-cash sejam sebelum pengumuman penyenaraian matawang itu di Coinbase.
Bitcoin-cash yang dianggap klon kepada bitcoin melonjak kepada harga $8,500 di bursa Coinbase pada Selasa sebelum bursa yang berpangkalan di San Francisco itu melancarkan dagangan bitcoin cash.
Dagangan bitcoin-cash akan digantung sehingga pukul 1 pagi Khamis waktu Malaysia.
Sementara itu, bitcoin matawang-Crypto terkenal di dunia jatuh lebih daripada 10% pada Rabu ke paras terendah $15,800 dan kini pulih ke paras $17,499 setakat pukul 9.24 malam pada Rabu. Bitcoin tahun ini sahaja telah meningkat 1,700% dan bulan ini sebanyak 80%.
“Jika kami mendapat bukti pekerja atau kontraktor kami melanggar polisi secara langsung atau tidak langsung, saya tidak ragu-ragu untuk memecat pekerja berkenaan serta-merta,” kata Ketua Eksekutif Brian Armstrong.
Kakitangan Coinbase juga dihalang untuk mendagangkan bitcoin-cash untuk beberapa minggu seperti yang diumumkan oleh syarikat itu melalui Twitter.
Bitcoin-cash dihasilkan atau dicipta pada 1 Ogos di mana exchanger yang berpangkalan di Hong Kong mengatakan penggali (miner) Bitcoin akan mencipta versi bitcoin terbaru untuk menjadikan dagangan lebih mudah dan pantas.