The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat sebanyak 1.5 juta tong pada minggu berakhir 24 Februari berbanding 0.56 juta tong yang dicatatkan sebelum itu.
Jangkaan kepada data kali ini ialah kenaikan 1.5 juta tong yang menepati jumlah sebenar. Jumlah inventori berada 9.0% melebihi stok tahun lalu di paras 520.2 juta.
Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.
Data terbaru inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) juga merekodkan penambahan stok yang tinggi iaitu 0.88 juta tong pada minggu tempoh sama berbanding minggu sebelum ini yang mencatatkan kenaikan 9.94 juta tong.
Harga minyak WTI (West Texas Intermediate) masih lagi didagang dalam keadaan ‘ranging’ sejak minggu lepas mencapai paras terendah $53.33 setong dalam dagangan Selasa dan ketika ini sedang berada di sekitar $54.27 setong.
Manakala minyak Brent (Brent-oil) mencapai paras terendah minggu pada Selasa di $55.63 dan ketika ini sedang berada di sekitar $56.72 setong.