Harga pengguna Amerika Syarikat naik sejajar dengan jangkaa pasaran pada Oktober disokong oleh kenaikan harga gasolin selepas ribut taufan yang melanda Texas dan Florida.
Jabatan Buruh Amerika Syarikat pada Rabu mengumumkan bacaan Indeks Harga Pengguna (CPI, consumer price index) naik 0.1% bulan lalu selepas merekod kenaikan 0.5% bulan sebelum itu. Bagi bacaan tahunan (y/y), CPI turun kepada 2.0% dari 2.2% pada September.
Jangkaan pasaran bagi data ini adalah kenaikan 0.1% (m/m) dan 2.0% (y/y).
Harga gasolin jatuh 2.4% selepas meningkat 13.1% pada September. Kenaikan harga pada September diikuti dengan ribut taufan Harvey yang membadai Texas pada Ogos.
Harga makanan pula tidak berubah pada September.
Jika tidak mengambil kira harga barangan yang ‘volatile’ (mudah-berubah). Harga pengguna teras (Core-CPI) naik 0.2% pada Oktober.
Core-CPI sebelum ini hanya naik 0.1% pada September di mana bacaan tahunan (y/y) meningkat kepada 1.8%.
Dengan kenaikan dalam bacaan Core-CPI menunjukkan sedikit tekanan dalam harga domestik di Amerika Syarikat. Bacaan inflasi teras (core) keutamaan The Fed iaitu perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE, personal consumption expenditure) juga masih berada di bawah sasaran bank pusat.
Dengan data yang sejajar dengan jangkaan pasaran, US Dolar dilihat mengukuh sehingga setakat ini pukul 10.27 malam.