Harga emas dinilai lebih kukuh pada Isnin memandangkan data KDNK China dicatat lebih baik daripada jangkaan. Disamping itu, ketegangan di Semenanjung Korea juga menyokong permintaan bagi logam ini dalam sesi ini.
Emas bagi penghantaran Jun di Comex meningkat sebanyak 0.35 peratus kepada $1,293 satu troy ounce, manakala silver futures didagang meningkat sebanyak 0.49 peratus. Dalam sesi ini juga, copper futures turut dinilai melonjak sebanyak 0.62 peratus.
China pada hari Isnin melaporkan bahawa data KDNK suku pertama meningkat sebanyak 1.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas dengan kadar tahunan sebanyak 6.9 peratus. Laporan pengeluaran industri juga menunjukkan peningkatan sebanyak 7.6 peratus pada bulan Mac disamping peningkatan jualan runcit sebanyak 10.9 peratus.
Minggu lepas, harga emas diniagakan lebih tinggi pada Khamis apabila kebimbangan geopolitik masih menguasai pasaran di samping kebanyakan data ekonomi yang positif gagal untuk mempengaruhi sentimen khususnya di Semenanjung Korea.
Jabatan Buruh AS pada Khamis berkata bahawa tuntutan pengangguran awal jatuh sebanyak 1,000 kepada 234,000 bagi minggu berakhir 8 April. Indeks harga pengeluar pula menyusut sebanyak 0.1 peratus pada bulan lepas.
Emas dinilai sensitif terhadap pergerakan US Dollar kerana sebarang perubahan terhadap US Dollar turut memberi perubahan kepada logam kuning memandangkan ia dinilai di dalam matawang terbabit.
Sentimen Penting yang Akan Mempengaruhi Trading Sepanjang Minggu Ini! (17-21 April 2017)