Sentimen Penting yang Akan Mempengaruhi Trading Sepanjang Minggu Ini! (17-21 April 2017)

76

US Dollar didagang menyembah bumi dalam dagangan sepanjang minggu pada minggu lepas. Persoalannya, adakah trend menjunam ini akan berterusan?

Berikut merupakan antara event berimpak besar yang akan mempengaruhi sesi trading minggu ini.

1.Ucapan Haruhiko Kuroda – 17 April 2017 (Isnin, 2.15pm)

Haruhiko Kuroda dijadual akan menyampaikan ucapan di Tokyo. Dalam ucapan sebelum ini pada 24 Mac, bank pusat tidak akan menaikkan sasaran hasil hutang jangka panjang kerajaan meskipun berlaku tekanan peningkatan kadar dari luar negara. Walau bagaimanapun, jangkaan kadar faedah jangka panjang akan terus meningkat walaupun wujud keraguan tentang keupayaan BoJ dalam mengekalkan kawalan hasil jangka panjang.

  1. Laporan permit bangunan AS18 April 2017 (Selasa, 8.30pm)

Permit bangunan dilaporkan merosot daripada jangkaan yang dikeluarkan pada Februari, menurun 6.2 peratus daripada kadar tahunan sebanyak 1.21 juta unit daripada 1.29 juta unit yang dikeluarkan pada Januari. Bacaan ini dikeluarkan lebih rendah daripada jangkaan penganalisis yang menjangkakan peningkatan sebanyak 1.26 juta unit. Bagi bulan Mac, permit bangunan dijangka akan menunjukkan peningkatan sebanyak 1.25 juta.

  1. Laporan inventori minyak mentah AS19 April 2017 (Rabu, 10.30pm)

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS melaporkan bahawa pengeluaran minyak mentah mencecah 2.2 juta tong bagi minggu berakhir 7 April selepas Arab Saudi mengumumkan kesediaan negara tersebut melanjutkan potongan pengeluaran. Harga minyak melonjak selepas AS mengarahkan serangan udara terhadap infrastruktur pangakalan udara di Syria diikuti dengan gangguan pengeluaran medan minyak di Libya. Pasaran minyak mentah kini sedang berada di paras tertinggi sejak Disember.

  1. Data inflasi New Zealand20 April 2017 (Khamis, 6.45am)

Indeks harga pengguna meningkat sebanyak 0.4 peratus pada suku keempat tahun 2016, mengalahkan ramalan kenaikan sebanyak 0.3 peratus. Peningkatan ini gara-gara kenaikan kos pembinaan, kenaikan harga tenaga, perbelanjaan domestik yang lebih kukuh disamping peningkatan jumlah pelancong, Bank pusat New Zealand sebelum ini telah meletakkan sasaran inflasi dalam julat 1 hingga 3 peratus. Kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan bahawa RBNZ tidak akan mengubah dasar monetari pada tahun ini. Data inflasi New Zealand dijangka akan meningkat sebanyak 0.8 peratus pada suku pertama tahun ini.

  1. Indeks pembuatan Philly Fed AS – 20 April 2017 (Khamis, 8.30pm)

Aktiviti perkilangan di kawasan Philadelphia dicatat melemah pada bulan Februari iaitu pada 43.3 kepada 32.8 pada bulan Mac, namun masih mengunjurkan pertumbuhan. Pakar ekonomi menjangkakan penurunan yang lebih besar sebanyak 30 mata. Penurunan itu sejajar dengan data yang agak luar biasa kuat dicatat pada Februari. Justeru, pada April, indeks ini dijangka akan menurun kepada 25.6.

  1. Data tuntutan pengangguran AS – 20 April 2017 (Khamis, 8.30pm)

Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baru menurun tanpa disangka-sangka pada minggu berakhir 8 April sebelum ini sehingga 234,000. Bacaan ini juga menunjukkan pasaran buruh kekal kukuh walaupun pertumbuhan pekerja kekal suram pada bulan Mac. Tuntutan pengangguran turut kekal di bawah 300,000 untuk 110 minggu berturut-turut. Bilangan tuntutan baru dijangka mencecah 241,000 minggu ini.

Semoga Profit!

Ini Punca Pasaran Minyak Mentah dibuka Lemah Pada Sesi Asia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat