Ini Punca Pasaran Minyak Mentah dibuka Lemah Pada Sesi Asia

33

Niaga minyak mentah menurun sedikit dalam sesi dagangan yang agak lembap pada Isnin selepas tiga hari bercuti sempena perayaan Easter.

Brent mentah yang juga menjadi penanda aras antarabangsa juga menjunam sebanyak 18 sen kepada 55.71. Pada Khamis, kebanyakan pasaran meningkat sebanyak 3 sen kepada $55.89 setong sebelum mula ditutup pada Jumaat.

WTI mentah yang juga didagang menurun sebanyak 18 sen kepada $53 dalam sesi ini.

Kedua-dua penanda aras tersebut ditutup pada paras tertinggi untuk tiga minggu berturut-turut dengan Brent meningkat sebanyak 1.2 peratus dalam tempoh empat hari, sementara WTI meningkat sebanyak 1.8 peratus.

Pasaran minggu ini dibuka agak lemah kerana pasaran yang akan lebih bersiap sedia dengan ketegangan geopolitik ke atas Korea Utara selepas pelancaran ujian peluru berpandu Ahad lalu gagal kerana ia meletup serta merta.

Peniaga minyak mentah dan pelabur di Asia juga mempunyai peluang untuk menyaksikan peningkatan ke 13 berturut-turut apabila jumlah pelantar meningkat sebanyak 13 buah, yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 683 pelantar.

AUD Melonjak, Sementara USD Menjunam Akibat Ketegangan yang Berlarutan di Semenanjung Korea

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat