AUD Melonjak, Sementara USD Menjunam Akibat Ketegangan yang Berlarutan di Semenanjung Korea

148

Aussie memulakan lonjakan dalam sesi Asia pagi ini selepas kejatuhan US Dollar berikutan perbincangan mengenai isu genjatan senjata di Semenanjung Korea yang dikenali sebagai DMZ (de-miliartized zone). Dalam masa yang sama, pasaran juga menantikan data KDNK suku pertama dari China.

AUD/USD didagangkan pada 0.7593, meningkat sebanyak 0.20 peratus disamping pasaran Australia yang ditutup pada hari ini sempena Easter Monday.

USD/JPY didagang sedikit merosot sebanyak 0.29 peratus.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain kali terakhir dinilai pada 100.30, menjunam sebanyak 0.19 peratus iaitu paras terendah dalam tempoh 5 bulan.

Laporan KDNK China bagi suku pertama dijangka melonjak sebanyak 1.6 peratus. Selain itu, China pengeluaran perindustrian juga diramal meningkat sehingga 6.3 peratus manakala data jualan runcit meningkat sebanyak 9.6 peratus.

Dalam masa terdekat, Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda juga dijangka akan menyampaikan ucapan.

Penghujung minggu lalu, kebanyakan pasaran ditutup sempena Good Friday dengan pemulihan US Dollar berbanding matawang utama pada Khamis selepas kenyataan Presiden Trump yang membayangkan pergerakan US Dollar “terlalu kuat” telah menjunam pasaran sebelum ini.

US Dollar mengalami kemerosotan terbesar kepada angka terendah dalam tempoh tiga minggu pada Rabu sejurus selepas Trump mengatakan bahawa beliau lebih menggemari persekitaran kadar faedah yang rendah.

Komen tersebut juga menjejaskan jangkaan kenaikan kadar faedah pada bulan Jun yang menyusut kepada 49.5 peratus berbanding 52.8 peratus sehari sebelum itu.

Disamping itu, minggu lepas turut menyaksikan kejatuhan angka tuntutan pengangguran awal dan junaman harga pengeluar AS buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.

Jabatan Buruh AS juga memaklumkan pada Khamis bahawa data tuntutan pengangguran awal jatuh sebanyak 1,000 kepada 234,000 bagi minggu berakhir 8 April.

Ulasan Penggerak Pasaran Forex Minggu Ini (10-14 April)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat