Indeks pengeluaran komposit Zon Eropah yang menggabungkan sektor pembuatan dan perkhidmatan meningkat kepada 56.7 pada September daripada 55.7 yang dicatat pada Ogos.
Untuk komponen sektor perkhidmatan (PMI service sector index) meningkat melebihi jangkaan kepada 55.6 bulan ini berbanding 54.7 pada Ogos.
Manakala sektor pembuatan (PMI manufacturing sector index) meningkat melebihi jangkaan kepada 58.2 bulan ini berbanding 57.4 pada Ogos. Jangkaan pasaran untuk data September adalah kemerosotan kepada 57.1.