Keyakinan Semakin Tinggi Dalam Ekonomi Zon Eropah

56

Aktiviti ekonomi Zon Eropah agak mengejutkan apabila meningkat secara keseluruhan melebihi dari jangkaan pada bulan September. Hal ini melonjakkan lagi keyakinan dalam blok ekonomi tersebut selepas data PMI yang dikeluarkan pukul 4 petang tadi.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh IHS Markit, menunjukkan indeks pengeluaran komposit Zon Eropah yang menggabungkan pengeluaran dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan meningkat kepada 56.7 pada September daripada 55.7 yang dicatat pada Ogos.

Indeks yang menunjukkan bacaan di atas paras 50 menunjukkan aktiviti ekonomi yang berkembang dan sebaliknya jika bacaan di bawah 50.

Untuk komponen sektor perkhidmatan (PMI service sector index) meningkat melebihi jangkaan kepada 55.6 bulan ini berbanding 54.7 pada Ogos.

Manakala sektor pembuatan (PMI manufacturing sector index) meningkat melebihi jangkaan kepada 58.2 bulan ini berbanding 57.4 pada Ogos. Jangkaan pasaran untuk data September adalah kemerosotan kepada 57.1.

“Ekonomi Zon Eropah mengakhiri suku ketiga dalam keadaan yang kukuh dengan pertumbuhan dalam aktiviti perniagaan meningkat ke paras tertinggi sejak mei,” kata IHS Markit dalam laporannya.

“Tinjauan juga menunjukkan peningkatan pertumbuhan ekonomi kepada 0.7% pada suku ketiga,” kata penganalisis ekonomi di IHS Markit Chris Williamson.

“Peningkatan dalam aktiviti perniagaan dengan kenaikan tekanan harga meningkatkan potensi untuk ECB mengurangkan rangsangan dengan pengurangan pembelian bon pada 2018,” kata beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat