Satu petunjuk ekonomi penting yang menunjukkan aktiviti pelaburan aset tetap oleh firma-firma di Amerika Syarikat baru sahaja dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi.
Tempahan barangan tahan-lama (durable goods) jatuh lebih daripada jangkaan pada Oktober yang mengurangkan keyakinan terhadap ekonomi U.S.
Tempahan durable goods yang termasuk komponen pengangkutan merosot 1.2% bulan lalu berbanding dengan jangkaan kenaikan 0.4%. Manakala data tempahan Core durable-goods yang tidak mengambil kira komponen pengangkutan naik 0.4% meleset daripada jangkaan kenaikan 0.5%.
Data Tuntutan Pengangguran (Jobless Claims)
Dalam data berasingan, bacaan tuntutan pengangguran (Jobless claims) turut dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi.
Jabatan Buruh US melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) minggu lepas kurang daripada jangkaan.
Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 03 November berkurangan sebanyak 13,000 kepada 239,000.
Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran akan meningkat sebanyak 241,000.
Minggu lalu juga adalah minggu ke-142 tuntutan pengangguran berada di bawah 300,000 yang mana menunjukkan kukuhnya pasaran pekerjaan Amerika Syarikat.