Sebentar tadi data durable goods US mencatatkan data yang yang negatif dengan penyusutan 0.4%. Durables goods ialah barang-barang yang bukan digunakan secara terus dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang contohnya mesin.
Bacaan tempahan Durable good pada bulan November merosot 4.60% berbanding bacaan pada Oktober yang mencatatkan peningkatan 4.60%. Penganalisis menjangkakan data ini merosot lebih banyak iaitu 4.9%.
Jika tidak mengambilkira pengangkutan, tempahan baru boleh meningkat sebanyak 0.5% yang menepati jangkaan pasaran. Data inilah yang dipanggil sebagai core durable goods.
Data pada hari ini menunjukkan peningkatan dalam tempahan barangan peralatan elektrik dan elektronik. Data yang dipanggil sebagai core-capital goods ini meningkat 0.30% pada Oktober.
Tempahan durable goods digunakan untuk melihat kekuatan sektor pembuatan US yang mewakili 12% daripada keluaran dalam negara kasar, KDNK negara ini.
Data pada hari ini tidak memberangsangkan dengan ekonomi US pula dilihat mengakhiri tahun 2016 dengan ekonomi yang agak suram. Sebentar tadi data KDNK (GDP) yang dikeluarkan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.9% pada suku ke-empat berbanding sebelum ini yang mencatatkan 3.5%.