Presiden Draghi kekal optimis dalam sidang media sebentar tadi terhadap keadaan pertumbuhan ekonomi dengan mengatakan ekonomi semakin kukuh di mana risiko keseluruhan terhadap pertumbuhan adalah stabil.
Walau dengan komen yang lebih positif, Draghi menegaskan bahawa pertumbuhan belum lagi dipindahkan kepada pengukuhan inflasi. Walaupun faktor yang mengekang inflasi dijangka sementara, ia akan kekal dalam suatu tempoh.
Dalam konteks ini, beliau mengulangi, akomodasi polisi monetari yang besar masih diperlukan bagi mengekalkan tekanan ke atas terhadap inflasi.
Mesej utama Draghi adalah bank pusat perlu persis, berhemah dan sabar, dengan ECB masih belum lagi mencapai sasaran inflasi.
Apabila ditanya tentang ucapannya di Sintra, Draghi mengatakan tidak banyak perbezaan antara kenyataan polisi malam ini dengan ucapannya pada penghujung Jun itu, yang mana lebih hawkish.
Beliau menyatakan, tiada perbincangan tentang tindakan untuk memberi isyarat pengurangan rangsangan pada September seperti yang tersebar sebelum ini.
Draghi dilihat tidak mahu pasaran membuat jangkaan kepada pengurangan rangsangan monetari yang dijangka pada September dan bank pusat mahu lebih banyak flesibiliti dalam membuat keputusan perubahan polisi.
Tambahnya, tiada tarikh khusus untuk membincangkan perubahan pelonggaran kuantitatif (QE) tetapi menjangka ia sepatutnya dibincangkan pada musim luruh.
EURUSD melonjak sehingga hampir 100 pip setakat pukul 10.13 pm.