European Central Bank (ECB) berkemungkinan akan mengurangkan pembelian aset bermula awal tahun depan, kata Gabenor bank pusat Austria Ewald Nowotny pada Rabu.
Dengan pertumbuhan ekonomi semakin kukuh dan juga risiko deflasi yang telah diatasi, ECB boleh mengurangkan rangsangan tetapi secara beransur-ansur dengan inflasi kini kekal di bawah sasaran dua peratus dan juga pertumbuhan gaji yang lemah, kata Nowotny yang juga pembuat polisi ECB.
“Apabila saya katakan ia adalah munasabah untuk mengurangkan rangsangan, ia bermaksud dan saya rasa Bundesbank juga punya pendapat sama,” tambah beliau.
“Ia bermaksud anda tidak menekan brek dengan kuat, dan saya tidak menganggap pelonggaran kuantitatif (QE) akan berakhir pada hujung tahun ini tanpa sebarang pengganti,” tambah Nowotny.
Beberapa minggu lalu, Presiden Draghi menunjukkan potensi kepada pengetatan polisi yang mana majoriti pelabur menjangka ECB akan mengurangkan rangsangan semasa.
Nowotny juga menyatakan ECB akan bertindak secara berhati-hati dan juga perlu perancangan fleksibel secara umumnya, namun belum ada tindakan secara khusus dari segi itu.
Akhir sekali, Gabenor bank pusat Austria ini menegaskan bahawa kadar faedah negatif adalah perlu buat masa ini tetapi memberi amaran ia juga boleh mengganggu pasaran.