Ekonomi AS dinilai dalam keadaan yang positif dan tidak menghadapi halangan yang serius dalam jangka pendek berikutan kekuatan pasaran buruh. Ucapan ini diberikan oleh Pengerusi Fed iaitu Janet Yellen dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ucapan ini disampaikan kepada golongan pendidik dalam satu mesyuarat dengan jangkaan bahawa ekonomi AS sedang berada pada tahap baik dan tidak mempunyai sebarang halangan yang serius.
Bagi jangka panjang, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap isu-isu pelebaran jurang antara jumlah pendapatan di samping pertumbuhan yang lemah dalam produktiviti sektor pekerjaan.
Kenaikan Stok Minyak AS, Tidak Menjatuhkan Harga Minyak Global