Ekonomi China dilaporkan melonjak bagi suku kedua berturut-turut berikutan peningkatan jumlah pelaburan, peningkatan jualan runcit dan pengeluaran output kilang disamping pertumbuhan kredit dan kekuatan di dalam pasaran hartanah.
KDNK meningkat sebanyak 6.9 peratus pada suku pertama setahun yang lalu berbanding anggaran median sebanyak 6.8 peratus dalam kaji selidik Bloomberg iaitu lonjakan pertama dalam tempoh tujuh tahun.
Petunjuk lain yang dikeluarkan oleh Biro Perangkaan Negara pada Isnin juga menunjukkan:
- Pelaburan asset tetap tidak termasuk kawasan luar bandar berkembang pada kadar 9.2 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama.
- Jualan runcit meningkat sebanyak 10.9 peratus pada bulan Mac berbanding setahun yang lalu.
- Pengeluaran perindustrian meningkat sebanyak 7.6 peratus bulan lepas berbanding setahun yang lalu.
Menurut Ketua Ekonomi China di Macquarie Securities Ltd di Hong Kong, mengatakan bahawa pertumbuhan duku pertama yang positif ini didorong oleh pemulihan semula jualan hartanah dan pelaburan. Menurut Larry Hu lagi, data yang kukuh akan menambahkan keyakinan terhadap ekonomi.
Juga di China, data yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan :
- Pengeluaran keluli mentah pada Mac berkembang sebanyak 1.8 peratus daripada setahun yang lalu.
- Pengeluaran arang batu meningkat semula pada Mac selepas kerajaan tidak lagi berhasrat untuk memperkenalkan semula sekatan harga ke atas produk ini.
- Pengeluaran minyak terbantut pada suku pertama dengan purata 3.91 juta tong sehari.
Pelaburan dalam pembangunan hartanah meningkat sebanyak 9.1 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama daripada setahun yang lalu berbanding 8.9 peratus dalam tempoh dua bulan pertama.