Ekonomi New Zealand berkembang sedikit pantas pada suku pertama walaupun ia kurang daripada jangkaan pasaran.
Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (Gross Domestic Product, GDP) berkembang 0.5% pada suku pertama berbanding 0.4% pada suku keempat 2016.
Dari segi tahunan, GDP berkembang 2.5% berbanding 2.7% pada suku ketiga.
Jangkaan bagi data kali ini ialah pertumbuhan berkembang 0.7% dengan bacaan tahunan 2.7%.
Bacaan terbaru menunjukkan ekonomi New Zealand berkembang buat kali ke-26 berturut-turut. Pertumbuhan perlahan mendadak pada suku keempat selepas gempa bumi yang berlaku tahun lalu.
Pertumbuhan suku pertama banyak disumbangkan oleh kenaikan 4.3% dalam sektor pertanian. Perdagangan runcit dan perhotelan meningkat 1.8% manakala sektor pembuatan menyumbang kenaikan 1%.
Perbelanjaan penggunaan isirumah juga naik 1.3% pada tempoh sama yang disokong oleh perbelanjaan ‘durable goods‘ dan perkhidmatan.
New Zealand menjangka ekonomi berkembang kukuh 3.1% dalam masa lima tahun akan datang dengan kerajaan merancakkan pembangunan infrastruktur bagi menyokong peningkatan populasi. Eksport, pembinaan dan pelancongan akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi.