Akaun perdagangan Kanada masih lagi merekodkan defisit pada Mac dengan C$0.13 billion berbanding bulan sebelum itu yang merekod C$1.1 billion yang pada mulanya dilaporkan C$1.0 billion. Jangkaan bagi data kali ini ialah sedikit lebihan 0.3 billion.
Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade deficit (kurangan dagangan).
Eksport negara ini meningkat 3.8% pada tempoh sama ke paras tertinggi C$47 billion dengan peningkatan 12.9% dalam masa setahun hingga Mac 2019.
Import pula meningkat 1.7% pada Mac kepada C$47.1 billion dengan kenaikan 7 dari 11 kategori barangan yang diimport. Terdapat kenaikan yang tinggi dalam import emas dan juga barangan mesin.
Manakala lebihan dagangan dengan US semakin kurang kepada C$4.0 billion dari C$4.5 billion sebelum ini.
Isu perdagangan telah menjadi perhatian beberapa minggu ini selepas Presiden Trump mengancam untuk mengeluarkan US dari perjanjian NAFTA dalam masa yang sama juga telah mengenakan cukai 20% terhadap import balak Kanada.
Kejatuhan dalam harga minyak mentah dunia juga memberi kesan negatif kepada akaun dagangan Kanada dalam beberapa bulan akan datang walaupun faktor kompetitif Kanada semakin meningkat dalam pasaran US dengan kelemahan dolar Kanada.