Harga emas mengekalkan pengukuhan pada Rabu dengan kebimbangan terhadap risiko percukaian US yang melemahkan US dolar. Selain itu, ketegangan geopolitik di Semenanjung Korea juga menjadi faktor kenaikan emas dengan kedatangan Presiden Trump ke Korea Selatan pada Selasa. Perkembangan terkini di Arab Saudi sedikit sebanyak memburukkan sentimen pasaran.
Emas yang didagang di COMEX naik 0.44% setakat ini pada pukul 10.12 malam pada Rabu. Harga ketika ini berada di sekitar $1,281.07 setiap auns.
Matawang Greenback juga masih tertekan disebabkan oleh risiko ‘reformasi cukai’ US yang berkemungkinan ditangguhkan sehingga tahun depan.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.02% setakat ini.
Pelabur juga kekal berhati-hati selepas ucapan Presiden Trump di Korea Selatan pada Rabu. Trump berkata tentang Korea Utara supaya jangan mencabar Amerika Syarikat.
Permintaan aset safe-haven juga makin kukuh dengan perkembangan terbaru di Arab Saudi. Arab Saudi pada Sabtu menahan lebih daripada 10 orang putera, empat menteri dan beberapa orang bekas menteri. Penahanan ini termasuklah billionaire dan pelabur terkenal Putera Alwaleed bin Talal antara orang yang terkaya di dunia. Tindakan ini telah mengejutkan dunia seterusnya menimbulkan banyak spekulasi tentang perkara ini.