Harga Etherium meneruskan junaman pada Selasa dan kali ini jatuh sehingga 25% atau $60 kepada $176.00 setakat pukul 3.25 pm yang merupakan paras terendah bulan lalu.
Etherium ketika ini hampir merekod kejatuhan tiga minggu berturut-turut dengan kebimbangan terhadap fasa pembetulan harga (correction) selepas ia membuat rally ke paras tertinggi.
Dalam sesi dagangan Isnin, Etherium juga merekod kejatuhan sehingga 7.5% dan setakat ini matawang tersebut telah jatuh sehingga 55% sejak kali terakhir mencapai paras tertinggi hampir $400 pada pertengahan Jun.
Walaubagaimanapun ia masih mencatat kenaikan 2000% setakat ini pada 2017. Etherium hanya didagang dengan nilai $14.39 setahun yang lepas. Kini Etherium didagang di sekitar $183.07.
Bitcoin juga masih mengalami kesukaran dan telah jatuh 7% setakat pukul 4.09 pm. Bitcoin telah mencapai paras tertinggi $3,000 bulan lalu dan kini didagang di sekitar $2,338.
Selain daripada itu, beberapa cryptocurrency yang lain juga turut merasai tekanan seperti Litecoin dan Ripple dan masing-masing jatuh 9% dan 25%.