GBP/USD – Analisis Teknikal – 10/11/2017
Pound Sterling semalam bearish lebih kurang 56 pips ke support terhampir dan membuat kenaikan semula selepas ia gagal untuk terus bearish. Dan jika diperhatikan ketika ini, secara intraday, mood masih ke arah bearish selagi ia tidak melepasi paras harga Key Resistance harian iaitu 1.3170.
Dan target bearish adalah ke sekitar harga MagicS1 iaitu 1.3090 atau ke harga yang lebih rendah iaitu 1.3050. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Resistance/MagicR1 hari ini, GBP/USD berpotensi untuk mencapai sasaran kenaikan ke sekitar 1.3214.
Kesimpulannya, selagi GBP/USD tidak breakout Key Resistance pada hari ini, kebarangkalian masih tinggi untuk ia bearish ketika ini.