GBP/USD – Analisis Teknikal – 25/10/2017
Harga GBP/USD berjaya untuk bearish semalam dan hampir mencapai harga Key Support 1.3100. Pergerakan mulai membuat kenaikan selepas laporan pertumbuhan ekonomi UK dikeluarkan positif petang tadi dan secara teknikal ia gagal untuk breakout Key Support/harga terendah pin bar Jumaat lalu.
Dan kini ia berpotensi membentuk new HH dan mood masih bullish ketika ini. Target kenaikan yang berpotensi dicapai adalah di sekitar 1.3264 sebelum ia retrace semula untuk terus membuat kenaikan. Sekiranya pasaran hari ini menutup pasaran dengan membentuk bullish morubozu, GBP/USD berpotensi untuk membuat kenaikan pada esok hari.
Jadi, sekiranya bullish target yang berpotensi dicapai adalah ke sekitar harga 1.3314/00 atau ke harga yang lebih tinggi iaitu resistance sekitar harga 1.3364/50 pada minggu ini.