Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, ekonomi U.S mencatat pertumbuhan yang lebih pantas pada suku tahun ketiga, melebihi paras jangkaan sekaligus meningkatkan lagi optimis terhadap ekonomi U.S.
Gross domestic product (GDP) meningkat 3.0% pada kadar tahunan bagi fasa Julai-September berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan. Pertumbuhan ini sedikit rendah daripada pertumbuhan GDP suku tahun kedua yang mencatat pertumbuhan 3.1%.
Pakar penganalisis menjangkakan pertumbuhan GDP hanya akan bertumbuh pada sekitar 2.5% berikutan badai Harvey dan Irma yang menimpa U.S.
Perbelanjaan pengguna benar meningkat 2.4% pada suku tahun ketiga melebihi jangkaan yang mensasarkan 2.2% kenaikan, namun kurang daripada bacaan suku tahun kedua yang mencatat bacaan 3.3% kenaikan.
Indek harga GDP meningkat 2.1% pada suku tahun ketiga berbanding bacaan sebelumnya yang mencatat kenaikan 1.0% dan bacaan jangkaan sebanyak 1.8%.
Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sebanyak 0.45% kepada 94.98 setakat jam 9.00 malam berbanding sebelum keluar laporan yang mencatat bacaan 94.41.