Harga minyak sedikit menurun hari ini selepas kukuh berada di paras tertinggi 5 minggu lepas. Paras harga masih di bawah julat 8 minggu tertinggi, jadi para pelabur mengharap bekalan minyak mentah US dapat di kurangkan lagi supaya lebihan pegeluaran minyak global lebih seimbang.
Minyak brent menurun 8 sen atau 0.16% kepada $50.89 setong setakat jam 11:58 am, selepas kenaikan 1.5% pada sesi pasaran sebelum ini.
Minyak WTI (West Texas Intermediate) juga turun 6 sen atau 0.12% kepada $48.69 setong.
Bekalan minyak mentah US turun mendadak minggu lepas, namun begitu selari dengan peningkatan terhadap pengeluaran penapisan minyak dan pengurangan pada import. Pengurangan bekalan memberi kesan positif terhadap pasaran minyak kerana dapat mengimbangi lebihan bekalan yang ada.
Lebihan bekalan minyak dunia juga di jangka akan stabil selepas Arab Saudi berjanji untuk memotong pengeluaran kepada 6.6 juta tong sehari, kurang 1 juta tong tahun berbanding sebelumnya. Ahli OPEC lain seperti Kuwait dan UAE juga turut berjanji untuk mengurangkan pengeluaran minyak mereka.
Laporan OCBC menyatakan, pengecilan terhadap lambakan bekalan masih di dalam pantauan. Namun begitu, harga minyak yang tinggi dan masih di bawah tahap optimum ini mungkin akan meningkatkan pengeluaran minyak US.
Berdasarkan nota kajian ING, aktiviti penapisan minyak akan menjadi tumpuan para pelabur minggu hadapan berikutan bilangan tempat penapisan minyak US yang semakin berkurang.