Harga minyak metah dunia melonjak pada hari kedua terutama sekali dalam sesi Asia pada Selasa yang disokong oleh keyakinan pedagang komoditi ini terhadap pemotongan yang lebih dari jangkaan oleh OPEC dan non-OPEC.
Sokongan terbaru ini datang dari Arab Saudi dengan kejatuhan dalam pengeluaran negara terbesar OPEC ini dengan penyusutan 8.014 juta tong sehari pada Disember jika dibandingkan dengan November yang merekodkan 8.258 juta tong.
Sejak OPEC bersetuju untuk membuat pemotongan November lalu, pelabur telah meningkatkan pembelian mereka terhadap komoditi ini sehingga mencapai rekod tertinggi. Menurut data terbaru, pelabur-pelabur meningkatkan pegangan mereka terhadap minyak Brent (Brent-oil) dan minyak WTI sehingga mencapai rekod terbaru.
Walaubagaimanapun, ada beberapa penganalisis mengatakan rekod tertinggi dalam portfolio yang dipegang oleh pengurus-pengurus dana ini boleh menyebabkan harga komoditi ini jatuh menjunam semula.
Walaupun, keyakinan semakin tinggi dalam prospek pertumbuhan harga minyak, pasaran masih lagi meneliti ancaman dari pengeluaran di Amerika Syarikat, walaupun secara lojiknya pengeluaran dari negara tersebut tidak akan dapat mengimbangi pemotongan yang dibuat oleh 24 negara yang lain.
Minyak Brent (Brent-oil) ketika ini didagangkan di paras $57.13 menghampiri paras tertinggi tiga minggu lalu, manakala minyak West Texas Intermediate (WTI) melonjak ke paras $54.73 yang juga hampir menembusi paras tertinggi tiga minggu lepas.