Harga minyak kembali melonjak naik berikutan tambahan bekalan pengeluaran. Pada hari ini harga minyak kembali melonjak melebihi paras sebelumnya.
Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sekitar $53.23 setong, naik 1.12% setakat jam 10.35 malam.
Pasaran hadapan Brent di ICE naik 61 sen atau 1.03% kepada $59.91 pada jam 10.35 malam. Brent telah naik kepada paras tertinggi tahun ini serta telah melebih paras harga yang susut sejak pertengahan tahun 2015 yang lalu.
Harga minyak meningkat berikutan spekulasi bahawa Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) akan melanjutkan perjanjian penguran pengeluaran bagi menstabilkan pasaran.
Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan.
Harga minyak meningkat menghampiri 1% pada hari Khamis selepas Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman menyatakan kerjaan bersedia menyokong lanjutan had pengeluaran minyak bagi membantu menstabilkan permintaan dan penawaran komoditi hitam.
Pada hari Jumaat, Setiausaha OPEC Mohammad Barkindo membuat kenyataan bahawa OPEC mengalu-alukan dukungan Putera Mahkota Arab Saudi berkenaan lanjutan had pengeluaran minyak.
Selain itu, pasaran juga memberi tumpuan kepada peningkatan pengeluaran minyak syal U.S.