Harga minyak melonjak naik ke paras tertinggi sejak Julai 2015 pada hari Isnin berikutan pengetatan pasaran. Dalam masa yang sama, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Arab Saudi menangkap beberapa orang berprofil tinggi dibawah akta anti-rasuah.
Pasaran hadapan Brent di ICE meningkat sebanyak 0.34% kepada $62.28 setong setakat jam 12.15 petang. Paras ini merupakan paras tertinggi 2 tahun lalu. Harga minyak brent meningkat sebanyak 40% dari paras terendah Jun 2017.
Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sekitar $55.80 setong, meningkat sebanyak 0.29% setakat jam 12.15 petang. Paras ini juga merupakan paras tertinggi sejak Julai 2015 lalu, dan meningkat 30% dari paras terendah Jun 2017.
Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Arab Saudi menahan berpuluh individu kanan termasuk putera raja, menteri, bekas menteri dan seorang jutawan terkenal iaitu Putera Al-Waleed bin Talal dan Pengawal Negara, dan keturunan raja iaitu Raja Miteb bin Abdullah.
Menurut, RBC Capital Market, hal ini tidak akan memberi kesan langung kepada polisi minyak Saudi, Saudi merupakan pengeksport terbesar minyak mentah.
Selain itu, Putera Mahkota Mohammed bin Salman menunjukkan dukungan penuh terhadap perjanjian OPEC sehingga 2018 dan meneruskan dengan jualan Aramco.
Pedagang berpendapat ,terdapat indikasi bahawa pasaran sedang mengetat.
Syarikat tenaga U.S mengurangkan penggalian minyak pada minggu lepas kepada 729, pengurangan ini merupakan pengurangan terbesar sejak Mei 2016.
Pengurangan aktiviti menggali minyak U.S adalah berikutan usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan. Pasaran menjangkakan pasaran minyak dunia akan mula stabil
Menurut penganalisis, walaupun pengeluaran dikurangkan namun permintaan masih kukuh.