Harga minyak mentah didagang sideways pada Isnin, kenaikan awal telah menurun semula berikutan para pelabur bimbang terhadap implikasi taufan tropika Nate ke atas pengeluaran minyak dan juga harapan terhadap potongan pengeluaran oleh OPEC.
Harga pasaran hadapan minyak mentah WTI meningkat 0.20% pada harga $49.41 setakat pukul 10.29 malam. Hari ini juga tiada dagangan di Nymex berikutan cuti umum di Amerika Syarikat.
Harga minyak mentah U.S jatuh pada minggu lepas selepas menunjukkan peningkatan sepanjang 4 minggu berikutan tumpuan pelabur keatas lebihan pengeluaran.
Dalam masa yang sama, pelabuhan, pengeluar dan penapisan minyak di Louisiana, Mississippi dan Alabama yang tutup pada minggu lepas mula beroperasi semula pada hari ini apabila ribut telah bergerak jauh daripada kawasan tersebut
Sentimen pasaran bertambah pulih selepas ketua setiausaha OPEC, Mohammad Barkindo membuat kenyataan bahawa rundingan pengurangan pengeluran minyak sehingga Mac 2018 atau lebih dari tempoh tersebut sedang dijalankan. Tambah beliau, pengeluar minyak lain berkemungkinan akan turut serta.
OPEC dan pengeluar minyak lain akan menelusuri proses rundingan itu lebih dalam bagi memastikan pasaran berada dalam keadaan stabil dalam jangka masa panjang.
Ahli OPEC dijangka akan bertemu di Vienna pada 30 Oktober bagi membincangkan lagi rundingan pengurangan pengeluaran minyak.