Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, datuk Hamzah Zainudin, harga siling bagi minyak petrol dan diesel akan diumumkan bermula 30 Mac ini secara mingguan.
Hamzah dalam satu temubual berkata mekanisma harga siling ini digunakan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. Selain itu, pengguna juga dikatakan dapat mengetahui harga semasa.
Memetik kenyataan beliau, harga bagi kedua-dua bahan api ini akan ditetapkan berdasarkan harga pasaran dan akan berkuat kuasa bermula 12.01 pagi.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengatakan bahawa syarikat-syarikat dan peruncit petrol yang mahu menawarkan diskaun dari harga terbabit boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kelulusan daripada kementerian.
Sistem apungan harga ini diperkenalkan sebaik sahaja subsidi minyak dihapuskan gara-gara kejatuhan minyak dunia menjelang akhir 2014 yang lalu.
Kita Bakal Menyaksikan ‘Perang Harga’ Stesen Minyak Mulai Bulan Hadapan