Data Indeks keyakinan pengguna Universty of Michigan susut sedikit ke paras 98.1 pada permulaan 2017. Pasaran menjangkakan indeks ini berada di paras 98.6 dari 98.2 yang dicatatkan pada Disember.
Ini adalah bacaan kedua tertinggi sejak Julai 2016. Data ini adalah hasil tinjauan oleh Universiti Michigan ke atas 500 orang pengguna bagi mendapatkan pendapat mereka tentang tahap ekonomi pada masa ini dan jangkaan mereka di masa hadapan. Data ini dikelurakan setiap pertengahan bulan yang mewakili bacaan pada bulan tersebut.
Tren dalam keyakinan pengguna adalah penting kepada implikasi tren jangka pendek dalam jualan runcit. Rizab Persekutuan (Federal Reserve) akan meneliti situasi ini sebagai isyarat pengukuhan dalam perbelanjaan.
Jangkaan inflasi akan menjadi lebih penting daripada keseluruhan data. Federal Reserve ketika ini akan menumpukan kepada kejatuhan jangkaan inflasi. Kejatuhan berterusan akan menyukarkan The Fed untuk menaikkan kadar sebanyak tiga kali pada tahun ini.
Kesimpulannya, peningkatan yang signifikan akan melonjakkan keyakinan bahawa sasaran inflasi akan dapat dicapai. Data pada hari ini masih dianggap begitu kukuh dengan hanya susut 0.1 berbanding bacaan sebelum ini.