Sentimen perniagaan New Zealand sedikit naik pada bulan Disember namun masih lagi berada di paras terendah 8 tahun lalu.
Hal ini disebabkan ketidaktentuan halatuju polisi dibawah kerajaan baru yang dipimpin dibawah pimpinan parti buruh.
Indeks keyakinan perniagaan meningkat kepada -37.8 daripada bacaan -39.3 yang merupakan bacaan terendah sejak krisis kewangan dunia.
Menurut pakar ekonomi, kesangsian terhadap halatuju polisi kerjaan baru telah memberi impak terhadap keyakinan perningaan.
Namun laporan aktiviti perbankan meningkat kepada +15.6 daripada +6.5 pada bulan lepas.
Matawang NZD mengukuh sebanyak 0.19% berbanding US dolar pada jam 10.30 pagi.