Harga minyak merosot pada Rabu berikutan peningkatan jumlah inventori di AS telah memberi kesan kepada pasaran sambil diimbangi dengan kejatuhan jumlah eksport mentah di Arab Saudi.
Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa bagi minyak mentah berada pada $54.84 setong, menurun sebanyak 5 sen daripada paras terendah sebelum ini.
Dalam sesi ini, WTI mentah pula menyusut sebanyak 4 sen kepada $52.37 setong.
ANZ Bank memaklumkan pada Rabu bahawa harga minyak mentah sedikit menyusut berikutan
Institut Petroleum Amerika (API) pada Selasa berikutan peningkatan inventori minyak mentah dari AS.
Walaupun inventori minyak mentah jatuh sebanyak 840,000 tong pada minggu berakhir 14 April kepada 531.6 juta tong, namun jumlah pengeluaran masih berlegar di paras tertinggi.
Data rasmi bagi pasaran ini akan dikeluarkan hari ini oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).
Di luar AS, kejatuhan pengeluaran minyak mentah Arab Saudi sepertu yang dirancang bagi separuh pertama tahun ini telah membantu menyeimbangkan pasaran. Pertubuhan OPEC yang telah dipimpin oleh Arab Saudi termasuk pengeluar utama yang lain seperti Russia telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari sebagai salah satu usaha untuk mengekang lebihan bekalan disamping menaikkan harga.
Eksport minyak mentah Arab Saudi juga telah menjunam sebanyak 6.96 tong sehari pada bulan Februari daripada 77 juta tong yang direkod pada Januari.
Walau bagaimanapun, pengeluaran minyak mentah di sana telah meningkat sebanyak 10 juta tong sehari pada bulan Februari. Ini bermakna, minyak mentah masih mempunyai keupayaan untuk menyaksikan lambakan output di dalam pasaran.