Harga minyak mentah didagang bercampur-campur pada hari Isnin selepas pelabur minyak mentah dikatakan menyambut baik usaha bersepadu OPEC dan beberapa pengeluar utama dalam mengurangkan kira-kira 1.8 juta tong sehari.
Di New York Merchantile Exchange, minyak mentah bagi dagangan Februari jatuh 0.48 peratus kepada $53.73 setong. Di ICE Futures Exchange, minyak Brent melonjak sehingga 0.12 peratus kepada $56.90.
Pasaran akan memberi tumpuan kepada laporan ekonomi AS seperti data jualan runcit bagi bulan Disember. Ucapan Janet Yellen juga akan dikeluarkan pada Khamis, diikuti dengan ucapan pegawai-pegawai Fed serta sidang akhbar oleh Donald Trump.
Minggu lepas, harga minyak mentah ditutup sedikit tinggi pada Jumaat selepas komoditi ini didagang tinggi buat 4 minggu berturut-turut selepas pengeluar utama minyak dunia dikatakan telah mematuhi perjanjian bagi membendung lebihan output.
Permulaan tahun ini agak baik buat komoditi ini selepas dikatakan pengeluar seperti Russia bersetuju untuk mengurangkan sehingga 1.8 juta tong sehari. Jika perjanjian tersebut dilaksanakan seperti yang telah dirancang, pasaran global dikatakn mampu mengurangkan sehingga 2 peratus output.
Walau bagaimanapun, sesetengah pelabur masih ragu-ragu terhadap perjanjian tersebut.
Dalam masa yang sama, terdapat juga kebimbangan bahawa negara-negara yang dikecualikan daripada pemotongan bekalan seperti Libya, Iran dan Nigeria akan menambah jumlah output mereka.
Aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat juga kekal menjadi tumpuan kerana bilangan pelantar semakin meningkat kira-kira 4 hingga 529 buah, sekali gus mencatat kenaikan buat minggu ke-10 berturut-turut.
Sesetengah penganalisis juga memberi amaran bahawa perhimpunan harga minyak dengan mendadak baru-baru ini boleh menggalakkan pengeluar AS menambah aktiviti penggerudian memandangkan mereka tidak terlibat di dalam rancangan untuk mengurangkan bekalan baru-baru ini.
Theresa May Menyangkal Dakwaan Bahawa Rundingan Brexit dikatakan Ibarat Tiada Hala Tuju!