Theresa May Menyangkal Dakwaan Bahawa Rundingan Brexit dikatakan Ibarat Tiada Hala Tuju

54

Perdana menteri Britain iaitu Theresa May berkata pada hari Ahad bahawa dia akan memberitahu perkembangan terkini mengenai rundingan Brexit pada minggu akan datang. Hal ini disuarakan apabila ada sesetangah pihak mendakwa bahawa rundingan tersebut agak kelam kabut semata-mata bagi mengekalkan hubungan baik dengan EU.

Dalam temu bual pertama tahun ini, May dikatakan telah mengabaikan persoalan mengenai butiran terhadap strategi beliau untuk meninggalkan Kesatuan Eropah yang diajukan oleh pemimpin perniagaan, ahli parlimen, dan pemimpin pembangkang.

Walaupun begitu, beliau kekal menegaskan bahawa tumpuan utama perbincangan masih diberikan terhadap akses kepada pasaran tunggal tersebut setelah keluar dari blok.

Katanya lagi, maklumat lanjut akan diberikan pada minggu yang akan datang bagi mencetuskan Pasal 50. Beliau juga mengharapkan supaya prosedur untuk proses keluar secara rasmi akan berakhir sebelum penghujung bulan Mac.

Pegawai EU juga mengatakan bahawa keputusan Brexit ini akan menyekat akses masuk kira-kira 500 juta pengguna ke pasaran tunggal. Beliau juga memberi amaran agar Britain tidak akan mengambil kesempatan untuk kepentingan bagi kepentingan negara tersebut.

May juga dalam temubual tersebut mengenepikan pendapat Bekas Duta Britain iaitu Ivan Rogers yang mengatakan bahawa rundingan tersebut dilihat agak rumit.

Theresa May yang dilantik menjadi Perdana Menteri selepas Brexit juga dilihat cuba mengalihkan isu utama (Brexit) dalam ucapannya dengan mengatakan bahawa Britain sedang dalam usaha untuk membantu penduduk yang memerlukan di UK.

US Dollar didagang Tenang Dalam Permulaan Minggu

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat