Kenaikan pantas terhadap pertumbuhan pekerjaan, termasuk peningkatan upah kepada pekerja pada bulan Februari akan menyediakan “lampu hijau” buat Fed untuk meningkatkan kadar feadah walaupun pertumbuhan ekonomi kekal perlahan.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Reuters sebelum ini, laporan NFP dijangka akan menyaksikan peningkatan sejumlah 190,000 pekerjaan pada Februari kerana dirangsang oleh sektor pembinaan. Sebelum ini, ekonomi menyaksikan pertambahan sebanyak 227,000 pekerjaan pada bulan Januari.
Jabatan Buruh dijangka akan menerbitkan laporan NFP pada 9.30 malam ini bagi petunjuk terkini mengenai sektor pekerjaan semasa.
Sebelum ini, Pengerusi Fed, Janet Yellen mula merangsang keyakinan pelabur dengan mengeluarkan komen agresif apabila Fed dikatakan akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat dasar pada 14 hingga 15 Mac ini.
Bulan Februari dijangkan akan menyaksikan peningkatan yang sangat pantas seiring denggan pertambahan pertumbuhan upah dan purata pendapatan setiap jam.
Justeru, jika data yang bakal dikeluarkan positif, ia juga secara tidak langsung mencerminkan tahap yang agak stabil untuk sektor buruh buat masa ini.
Ekonomi negara perlu mewujudkan kira-kira 100,000 pekerjaan sebulan bagi bersaing dengan pertumbuhan pekerjaan.
Menurut ahli ekonomi, kadar pertumbuhan gaji diperlukan sekurang-kurangnya pada 3 hingga 3.5 peratus bagi mengangkat inflasi ke sasaran 2 peratus oleh Fed.