Emas Meneruskan Junaman di bawah Key Support $1,200

39

Harga emas menjunam di bawah paras bawah key support berikutan jangkaan kenaikan kadar yang semakin meningkat oleh Fed walaupun laporan NFP masih dinantikan. Dalam hari yang sama, pasaran turut menantikan keputusan Mahkamah Perlembagaan bagi keputusan pemecatan Presiden Park Geun-Hye di Korea berikutan skandal dengan pengurusan tertinggi chaebol (perniagaan konglomerat yang kebiasaannya syarikat warisan keluarga di Korea Selatan) dari kumpulan Samsung.

Emas di Comex menjunam sebanyak 0.18 peratus kepada $1,198.20 satu troy ounce, menjunam di bawah key support $1,200. Sementara itu, dagangan silver futures menjunam sebanyak 0.38 peratus manakala copper meningkat sebanyak 0.08 peratus.

Semalam, harga emas susut ke paras terendah dalam tempoh lima minggu walaupun US dollar mengalami kejatuhan berikutan prospek peningkatan kadar pada mesyuarat Fed minggu depan telah melemahkan permintaan bagi logam berharga.

Emas juga bergelut untuk mendapat manfaat daripada kejatuhan US Dollar apabila data tuntutan pengangguran tidak berpihak kepada matawang berkenaan.

Walau bagaimanapun, keyakinan pasaran yang kini mencecah julat 90 peratus terhadap keputusan peningkatan kadar tidak dapat menenggelamkan momentum US Dollar disamping meninggalkan emas kekal di paras yang agak rendah.

Sudah-Sudahlah Merayu, US!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat