Ratu Elizabeth berkata pada Rabu bahawa keutamaan kerajaan Perdana Menteri Theresa May adalah mendapatkan perjanjian yang terbaik untuk Britain.
Menyampaikan amanat di parlimen UK, Ratu berkata bahawa kerajaan akan memperkenalkan “Rang Undang-Undang Pemansuhan Yang Hebat” untuk menggantikan undang-undang EU kepada undang-undang British, selain membawa polisi baru berkaitan imigrasi, sekatan antarabangsa, perlindungan nuklear, pertanian dan perikanan.
“Keutamaan kerajaan saya adalah mendapatkan perjanjian terbaik berikutan negara ini akan meninggalkan Kesatuan Eropah,” kata Ratu kepada pemimpin di parlimen.
“Menteri-menteri saya komited untuk bekerja dengan parlimen, perniagaan dan yang lainnya untuk membina perjanjian yang menyeluruh untuk masa depan negara ini di luar Kesatuan Eropah.
Matawang Gbp mengukuh semula selepas ucapan Ratu di parlimen. Gbp/Usd menguat hampir 130 pip dari paras terendah hari ini.
Komen oleh ketua penganalisis ekonomi Bank of England, Andy Haldane juga menyokong pengukuhan Gbp apabila beliau cenderung kepada kenaikan kadar tahun ini. Beliau juga mahu pengurangan rangsangan ekonomi oleh bank pusat dalam separuh kedua tahun 2017.