Emas didagang lebih tinggi dalam sesi dagangan pertama tahun ini. Namun begitu, pergerakan logam ini masih terhad gara-gara prospek kenaikan kadar faedah AS pada tahun ini telah menjadikan emas kekal dalam sentimen bearish.
Emas bagi penghantaran Februari di Comex New York Merchantile Exchange diniaga meningkat sebanyak $2.00 atau sebanyak 0.2 peratus kepada $1,153.75 satu troy ounce.
US Dollar meningkat pada hari Selasa, apabila pasaran memberi tumpuan kepada kemungkinan kadar yang selanjutnya pada tahun ini.
US Dollar Index yang mengukur matawang utama juga kali terakhir dinilai pada 102.93, iaitu kira-kira 0.55 peratus, tidak jauh dari puncak tertinggi yang pernah dicapai sebelum ini.
Penganalisis pasaran juga memberi amaran bahawa prospek emas akan kekal suram dalam tempoh terdekat apabila Trump mula mengambil alih pentadbiran AS secera rasmi pada 20 Januari ini.
Fed sebelum ini telah mengambil keputusan untuk menaikkan kadar selepas kali terakhir mengambil keputusan tersebut setahun yang lalu. Tahun ini juga, Fed telah menambah 3 kali lagi unjuran bagi ruang untuk menaikkan kadar.
Harga logam kuning telah jatuh mendadak sejak Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS sekali gus mendorong US Dollar melambung tinggi.
Logam berharga ini sensitif terhadap kenaikan kadar Amerika Syarikat kerana ia bakal menambah kos untuk memiliki asset berkenaan.
Juga di Comex, silver futures dan copper futures masing-maisng dinilai meningkat dalam sesi ini kepada $16.02 troy ounce dan $2.525 pound berikutan data positif dari China.