Kekuatan US Dollar Masih Tidak Dapat dilawan dalam Sesi Eropah

59

US Dollar masih mengukuh dalam sesi ini ekoran prospek kenaikan kadar yang terus mempengaruhi sentimen bullish terhadap matawang gergasi itu. Angka positif dari China turut menambah kekuatan buat matawang Aussie.  Hal ini berikutan China merupakan antara rakan dagang terbesar Australia.

AUD/USD, 30 minit

Cuti umum di Jepun menjadikan pasaran masih dalam dagangan kecil dan meninggalkan Dollar dinilai stabil pada sekitar 117.35 Yen.

Berbanding sekumpulan matawang, US Dollar juga dinilai mengukuh sebanyak 0.4 peratus.

USD/JPY, 30 minit

Dalam masa yang sama, Euro melonjak lebih tinggi kepada $1.0485 selepas spike pada Jumaat lalu.

EUR/USD, 30 minit

Menurut Richard Grace iaitu Ketua Strategi Matawang di CBA, USD diramal bakal meningkat lebih 10 peratus lagi dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Grace berhujah berlandaskan dasar cukai Trump yang dijangka akan menggalakkan permintaan terhadap ekuiti AS oleh pelabur-pelabur asing.

Pelabur juga dikatakan sedang berhati-hati selepas nilaian Yuan berbanding US Dollar diset semula bermula minggu ini.

Dagangan Mendukacitakan Buat Ringgit Pada Hari Pertama Pasaran dibuka!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat