Dagangan Mendukacitakan Buat Ringgit Pada Hari Pertama Pasaran dibuka Tahun Ini!

69

Pada hari Selasa, Ringgit didagang pada 4.4850 berbanding US Dollar. Ringgit Malaysia memulakan hari pertama dagangan tahun ini dengan melanjutkan kerugian yang dicatat pada penghujung tahun 2016.

Selera pelabur terhadap matawang ini juga semakin melemah berikutan prospek kenaikan kadar faedah AS pada tahun ini. Pada 14 Disember lalu, Fed telah mengumumkan kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas, sekali gus menambah kekuatan kepada matawang US Dollar.

Kebanyakan trader juga memilih untuk tidak memasuki pasaran pada hari ini kerana melanjutkan cuti Tahun Baru.

Walaupun begitu, Ringgit dikatakan dinilai menguat berbanding matawang utama Asia apabila dinilai meningkat berbanding Dollar Singapura dan Yen.

Pasaran Logam Hitam Mula Menunjukkan Tanda-Tanda Pemulihan! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat