Pasaran Minyak Mentah Sudah Mula Menunjukkan Tanda-tanda Pemulihan!

35

Harga minyak mentah telah meningkat dua kali ganda, sejak Januari lalu. Pasaran minyak mentah dan gas asli ini dikatakan sedang menuju kepada pasaran yang stabil dengan menjanjikan lebih banyak ketenangan buat pelabur pada tahun 2017.

Sejak ditutup pada 30 Disember lalu, harga minyak mentah didagang meningkat kepada $53.89, naik 0.5 sen setong atau pada kira-kira 0.90 peratus.

Harga minyak Brent juga tidak banyak berubah apabila kali terakhir dinilai pada $56.82.

Pada penutup Jumaat lepas, harga gas asli dinilai jatuh.

Harga minyak mula didagang tinggi minggu lepas selepas pengeluaran minyak mentah dijangka dipotong minggu ini. Namun begitu, harga kembali menyusut selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) daripada Jabatan Tenaga AS melaporkan inventori minyak mentah meningkat lebih tinggi dari jangkaan awal.

Antara berita lain yang mempengaruhi sentimen pasaran minyak mentah minggu lepas termasuklah:

  • Jabatan Tenaga Amerika Syarikat melaporkan bahawa bekalan gas asli jatuh mendadak dengan kejatuhan inventori sebanyak 237 billion kaki padu pada minggu berkahir 23 Disember. Angka inventori tersebut sekali gus meletakkan jumlah inventori berkurang 413 Bcf (Billion cubic feet) daripada tahun lepas.
  • Syarikat Petroleo Brasileiro Petrobras SA DRC meningkatkan penjualan yang dirancang bagi tempoh 2017 sehingga 2018 kepada $21 Billion lebih tinggi daripada unjuran awal. Krisis hutang di PetroBras sebelum ini telah membuka peluang kepada pelaburan swasta oleh syarikat asing yang dikatakan bakal menambah jumlah penerokaan minyak antarabangsa.

Aussie Membuka Pasaran Sesi Asia dengan Cemerlang!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat